Sabtu, 8 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 08, 2015
Ridzuan Hashim & Didi Alias Terima Menantu : PELAKON Ridzuan Hashim atau nama sebenar, Mohd Ridzun Hashim, 54, dan bekas isterinya, Didie Alias, 41, terima menantu sulung dalam satu majlis di Shah Alam, hari ini.

Ridzuan Hashim & Didi Alias Terima Menantu

Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi.

Mereka juga dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz.

Ridzuan berkata, dia sangat bersyukur anak sulungnya selamat bertemu jodoh dengan lelaki pilihan yang diyakini mampu membimbing anaknya ke akhirat.

"Saya tidak melihat pada kedudukan, harta dan wang ringgit dalam memilih kriteria menantu. Saya menilai pada ilmu agamanya.

"Saya mahu anak perempuan saya bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membimbing mereka di dunia dan akhirat. Itu saja," katanya.

Ridzuan berkata, sebagai bapa dia juga tidak menghalang anak-anaknya berkahwin awal dalam usia muda.

Pada acara akad nikah itu, Nur Dhaniyah menerima wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/69111?#sthash.P1MAloNB.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.