Jumaat, 14 Ogos 2015

Jumaat, Ogos 14, 2015
Rumah Pegawai Imigresen Penang Dibaling Molotov Cocktail | Rumah seorang pegawai kanan imigresen Pulau Pinang di Taman Permai di sini dibaling dengan 'molotov cocktail', awal pagi Khamis.

Rumah Pegawai Imigresen Penang Dibaling Molotov Cocktail

Dua letupan dipercayai daripada molotov itu menyebabkan pokok-pokok hiasan di dalam kawasan rumah itu terbakar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, ketika kejadian pegawai berkenaan bersama keluarganya berada di dalam rumah.

"Pegawai itu terdengar bunyi kuat dari luar pagar seperti hentakan pada cermin beberapa kali diikuti bunyi letupan sebanyak dua kali," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata, apabila melihat api di halaman rumah itu, pegawai meminta bantuan jiran untuk memadam kebakaran.

"Selepas api dipadam, dia mendapati dua botol kaca di halaman rumah dan sebotol lagi di belakang kereta dipercayai sejenis molotov cocktail," katanya.

Beliau berkata, kejadian pada 6.30 pagi itu turut menyebabkan keempat-empat cermin sisi kereta pegawai berkenaan yang diparkir di luar rumah pecah.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan ugutan," katanya.

Rusli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/08/13/rumah-pegawai-imigresen-dibaling-molotov-cocktail/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.