Ahad, 9 Ogos 2015

Ahad, Ogos 09, 2015
Saya Bertanggungjawab, 1MDB Belum Rugi Tetapi Hutang RM42 Billion - Najib Razak  | Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau bertanggungjawab atas apa yang dilakukan berkaitan isu dana RM2.6 bilion.

Saya Bertanggungjawab, 1MDB Belum Rugi Tetapi Hutang RM42 Billion - Najib Razak

Perdana Menteri menerusi status Facebook dan Twitternya malam kelmarin berkata, beliau bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan dan tidak akan jual negara.

“€œSPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah kata bahawa dana RM2.6 bilion itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

Setiap dana yang diterima hanyaah untuk kepentingan parti dan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) belum mengalami kerugian, namun mengakui agensi itu berhutang sebanyak RM42 bilion.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut boleh diselesaikan kerana 1MDB mempunyai nilai aset yang melebihi hutang.

“Insya-Allah dalam masa lima bulan ini kita akan usaha selesaikan isu ini,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, siang tadi.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/69312#sthash.6dZM6lod.dpuf
http://www.utusan.com.my/berita/politik/1mdb-belum-rugi-tetapi-hutang-rm42-bilion-najib-1.122310#sthash.tW9CMEAU.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.