Ahad, 9 Ogos 2015

Ahad, Ogos 09, 2015
Seorang Mangsa Rompakan MT Joaquim Stabil | Seorang warga Singapura yang berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dibawa ke Hospital Alor Gajah Melaka kira kira jam 12.30 tengahari Ahad.

Seorang Mangsa Rompakan MT Joaquim Stabil

Menurut Exco Kesihatan Melaka Datuk Ab Rahman Ab Karim, mangsa berusia 40 tahun itu kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata, mangsa yang bertugas sebagai pegawai kargo kapal berkenaan masih dalam keadaan trauma ketika mendapatkan rawatan.

"Sekitar jam 12.30 tengahari seorang mangsa rompakan kapal di Selat Melaka telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi mendapatkan rawatan," katanya ditemui di Hospital Alor Gajah, hari ini.

Ab Rahman berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan luka anggota badan atau sebarang kecederaan anggota dalaman.

Bagaimanapun, pihak hospital masih memeriksa dan menyiasat apabila mangsa mengadu sakit di bahagian kepala selepas terjatuh atau hentakan ketika kejadian.

Seorang Mangsa Rompakan MT Joaquim Stabil

Mangsa kemudiannya dibenarkan keluar selepas pemeriksaan doktor dan dibawa oleh APMM ke pejabatnya di Kuala Linggi untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian pada Sabtu, kapal MT Joaquim dengan muatan 3,500 metrik tan minyak mentah 'Marine Gas Oil' bernilai kira-kira RM2.8 juta dilaporkan hilang.

Namun pihak APMM dengan kerjasama pihak berkuasa negara dan negara jiran berjaya  menemui kapal tersebut di perairan Indonesia selepas dipercayai dirompak dan minyak yang dibawa telah hilang.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mangsa-kes-rompakan-mt-joaquim-stabil-69104


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.