Sabtu, 1 Ogos 2015

Sabtu, Ogos 01, 2015
Tetak Sebab Tak Tahan Kena Ejek | Akibat tidak tahan diejek, seorang buruh menetak leher rakannya hingga mati dalam satu kejadian di sebuah asrama pekerja Pekan Baru.

Tetak Sebab Tak Tahan Kena Ejek

Menurut jurucakap polis, M Bahari Abdi berkata, kejadian berlaku pada jam 4 pagi apabila suspek, Najaludin, 50, menetak belakang leher rakannya, Agustian Hutasohit, 24, yang sedang tidur.

Katanya, selepas membunuh mangsa suspek terus melarikan diri.

“Mayat mangsa yang berlumuran darah dijumpai seorang pekerja pada jam 7.30 pagi sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa jam melarikan diri polis mengesan Najaludin bersembunyi di sebuah rumah rakannya di sini.

“Suspek cuba melarikan diri ketika kediaman berkenaan diserbu menyebabkan polis terpaksa menembak di bahagian kakinya.

“Lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” jelasnya.

Menurutnya, ketika soal siasat, suspek mengaku membunuh Agustian kerana tidak tahan sering diejek dengan kata-kata kesat oleh mangsa.

“Suspek mengaku motif pembunuhan kerana sakit hati akibat sering diejek mangsa,” katanya. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/66784


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.