Jumaat, 28 Ogos 2015

Jumaat, Ogos 28, 2015
Wanita Mengamuk Di Pejabat Pos Bachok | Seorang wanita hari ini mengamuk dan memusnahkan alat biometrik cap jari, papan kekunci serta melemparkan kertas-kertas dan borang yang terdapat pada kaunter di Pejabat Pos Bachok, Bachok.

Wanita Mengamuk Di Pejabat Pos Bachok

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, wanita tersebut dikatakan naik angin dan memaki hamun kakitangan yang bertugas selepas sistem biometrik cap jari tergendala semasa gilirannya untuk mendapatkan perkhidmatan di pejabat pos itu.

Difahamkan, wanita itu hilang sabar selepas menunggu lama untuk mengeluarkan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) di kaunter tersebut.

Ketua Polis Daerah Bachok, De­puti Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, difahamkan, wanita itu bertindak menarik dan melemparkan alat biometrik dan papan kekunci yang berada di kaunter perkhidmatan tersebut.

“Kejadian itu menyebabkan beberapa peralatan di kaun­ter tersebut rosak. Wanita itu bagaimanapun berjaya ditenangkan kakitangan dan orang ramai tidak lama selepas itu,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Hamid berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut dan sedang mendapatkan ketera­ngan daripada wanita tersebut.

“Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 1 petang namun pihak pejabat pos hanya membuat laporan pada pukul 4 petang tadi. Jadi, kita masih belum menerima maklumat lengkap berhubung kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, pihak Pejabat Pos Bachok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan memberi sebarang kenyataan mengenainya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-mengamuk-gagal-keluar-wang-asb-di-pejabat-pos-1.129135#sthash.Qa1rK4ht.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.