Rabu, 26 Ogos 2015

Rabu, Ogos 26, 2015
Yatt Hamzah Bercerai Talak Satu | Meskipun sebelum ini pasangan ini seperti telah menemui jalan damai dalam krisis rumah tangga mereka, takdir Tuhan mengatasi segala-galanya.

Yatt Hamzah Bercerai Talak Satu

Semalam Yatt dan suami akhirnya bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur secara tertutup sekitar jam 4.23 petang setelah bernikah pada 29 Mac 2009 lalu.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman media saya, Abdul Mutalib dan Haryati Hamzah berpisah secara baik dengan talak satu.

“Makluman ini dibuat bertujuan mengelakkan sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman-teman media mendoakan yang terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih,” kata suami Yatt menerusi WhatsApp.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Adbul Mutalib yang kini berusia lima tahun.

sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/yatt-hamzah-cerai-talak-satu-1.128659#sthash.rHJjXSKh.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.