Ahad, 27 September 2015

Ahad, September 27, 2015
2 Negro Ini Hidup Mewah Selepas Berjaya Perdaya Mangsa : Dia membiayai gaya hidup mewah dan playboy dengan cara mudah memujuk pesara mengeluarkan wang simpanan mereka.

2 Negro Ini Hidup Mewah Selepas Berjaya Perdaya Mangsa
Godwin Nwaofor, 36

Godwin Nwaofor, 36, memiliki ribuan senarai bakal mangsa sebelum menghantar surat palsu memberitahu kononnya mereka memenangi loteri Australia bernilai jutaan ringgit.

Hasil penipuannya, lelaki Nigeria itu dengan mudah memperoleh £1 juta (RM6.625 juta).

Wang itu kemudian dibelanjakan dengan membeli kereta mewah, barang kemas dan arak mahal di kelab malam terbaik di London.

Nwaofor bagaikan tertarik dengan kejayaan seorang lagi dalang penipuan yang sama, Frank Onyechonam, juga dari Nigeria yang digelar ‘Fizzy’ kerana cintanya terhadap arak vintaj.

Onyeachonam dihukum penjara lapan tahun pada tahun lalu selepas dia didedahkan berperanan sebagai ‘ketua pemain’ dalam penipuan itu.

Dia memandu kereta Maserati dan berhibur di kelab persendirian eksklusif. Kehidupannya sangat mewah dan hebat hasil penipuan wang simpanan mangsa.

Penipuan itu bermula dengan penghantaran surat palsu kepada bakal pesara memberitahu kononnya mereka memenangi loteri di Australia bernilai jutaan dolar.

Surat itu dihantar ‘ejen loteri’ yang menyasarkan bakal pesara di Amerika Syarikat dengan memberitahu mereka memenangi hadiah lumayan yang boleh mengubah hidup mereka.

Percaya dengan helah itu, mangsa kemudian diarah membayar yuran untuk mengeluarkan wang ‘kemenangan’ melalui ejen kerana mereka bukan warganegara Australia.

‘Ejen’ terbabit menuntut yuran pengaktifan antara £2,000 hingga £60,000 (RM13,250 hingga RM397,500) bagi ‘melepaskan’ wang dimena­ngi daripada syarikat loteri berkenaan.

Dalam beberapa kes, mangsa diarah memulakan perniagaan untuk menerima wang kemenangan dan secara tidak sengaja menjadi ‘keldai duit’ dalam pengubahan wang daripada mangsa lain.

Nwaofor, bapa kepada dua anak, kerap bertukar alamat untuk mengelak ditangkap.

Seorang mangsa, wanita berusia 76 tahun yang percaya dia memenangi AS$1.85 juta (RM7.897 juta) cuba mengesan Nwaofor selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberitahu dia menjadi mangsa penipuan.

Dia terbang ke United Kingdom (UK) dan pergi ke alamat Nwaofor tetapi mendapati lelaki itu sudah berpindah.

Hakim Richard Hone QC berkata, berdasarkan keterangan dalam kes itu di Mahkamah Jenayah Pusat, Nwaofor terbukti seorang penipu besar.

“Kamu ada kecenderu­ngan menjadi tidak jujur dalam urusan membabitkan tuan tanah, agensi, polis dan syarikat kereta sewa.

“Kamu juga kerap berpindah bagi memastikan maklumat kamu kekal misteri,” katanya.

Polis mengenal pasti 406 orang menjadi mangsa Onyeachonam berdasarkan butiran daripada dua komputer riba yang ditemui di serambi apartmen mewahnya di Canary Wharf sewaktu dia ditangkap. Kerugian dianggar £30 juta (RM198.95 juta).

Polis turut merampas kasut Louis Vuitton, beg tangan Gucci, koleksi jam tangan mewah dan puluhan kasut berjenama serta 5,000 keping gambar Onyeachonam yang menayangkan kemewahannya di tempat eksklusif termasuk Bar Guvnor di Docklands, timur London.

Sekeping gambar menunjukkan dia memandikan rakannya dengan arak mahal, bergaya dengan pakaian perang separuh bogel dan menampal hampir 100 not £50 (RM331.76) bagi membentuk tulisan Fizzy.

Polis turut memiliki bukti mengenai komunikasi antara Onyeachonam dengan Ese Orogun, seorang penipu

di Lagos, Nigeria, yang digelar sebagai ‘pengerusi’ dalang global penipuan.

Orogun yang tinggal di komuniti swasta berpagar di Lagos, dianggap selebriti di negara itu dan memiliki beberapa kereta mewah dan berkuasa tinggi termasuk Maserati dan Porsche.

Penyiasat yakin penipuan boleh menjangkau sehingga £30 juta (RM198,95 juta) jika semua maklumat yang ditemui dalam komputer riba dan e-melnya dapat dikesan.

Nwaofor berpindah ke Britain dari Nigeria pada Januari 2006 dan berkahwin dengan wanita warga Jerman tidak lama kemudian. Mereka mempunyai dua anak berusia enam tahun dan enam bulan.

Nwaofor menitiskan air mata selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, tetapi hakim tidak percaya penyesalan ditunjukkannya itu tulen.

2 Negro Ini Hidup Mewah Selepas Berjaya Perdaya Mangsa
RUMAH mewah di Nigeria, milik Frank Onyeachonam.

“Sama seperti buaya menumpahkan air mata ketika memakan mangsanya, menangis berlebihan di mahkamah bukan penyesalan hipokrit tetapi air mata kecewa kerana walaupun kamu berhati-hati menyembunyikannya, kamu lakukannya dengan baik.

“Penipuan loteri Australia membawa kepada kemiskinan dan hutang kepada mangsa yang anda perah simpanan mereka dengan kejam sedangkan ia diperoleh atas kerja keras mereka,” kata hakim.

Hakim berkata, walaupun 10 mangsa dikesan oleh pendakwa raya kerana terperangkap dengan penipuan Nwaofor, ia mungkin ‘sebilangan kecil’ saja.

“Sejumlah besar wang anda gunakan untuk membiayai gaya hidup mewah, menyewa kereta berkuasa tinggi, jam tangan berjenama, barang kemas dan berhibur di kelab malam termahal.

“Ia jelas menunjukkan anda membelanjakan £1 juta (RM6,625,022) untuk diri kamu sendiri,” katanya.

Nwaofor dari Camberell Green, selatan London, didapati bersalah dalam konspirasi penipuan, mengubah harta jenayah dan pemerolehan harta jenayah.

Dia akan menghabiskan separuh hukumannya di penjara dan selebihnya mengenai lesen dan kini turut menghadapi kemungkinan hartanya dirampas.

Onyeachonam dari Canning Town, timur London, didapati bersalah dalam konspirasi penipuan antara

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/79968?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.