Khamis, 3 September 2015

Khamis, September 03, 2015
Abang Kejam, Berpakat Dengan Kekasih Bunuh Adik Sendiri | Seorang lelaki maut selepas diikat abangnya sebelum ditikam dan dituang cecair peluntur ke dalam mulutnya.

Abang Kejam, Berpakat Dengan Kekasih Bunuh Adik Sendiri

Jay Cerin, 26, ditemui mati di bilik tidurnya di kediamannya di Hebersham yang dikongsi bersama teman wanita Ruth Robinson.

Ruth berkata, Cerin membuat kesilapan besar apabila membenarkan abangnya Trent, 29, dan teman wanita Rhiannon Bloodsworth, 23 tinggal di situ.

Pasangan berkenaan dilaporkan mengikat, menikam serta menuangkan peluntur ke dalam mulutnya.

Pasangan itu ditahan kurang 12 jam kemudian selepas pegawai pengangkutan melihat mereka di Stesen Kereta Api Central pagi kelmarin.

Kedua-duanya pasangan kekasih itu didakwa atas tuduhan membunuh dan tidak dibenarkan diikat jamin.

Abang Kejam, Berpakat Dengan Kekasih Bunuh Adik Sendiri

Menurut Ruth, Cerin membenarkan Trent tinggal di rumahnya kerana bersimpati dengan nasib abangnya yang sukar mendapat kerja.

“Dia memang baik hati dan cuma mahu membantu abangnya, tetapi ini pula balasan si abang terhadapnya,” katanya. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/74676#sthash.F0pikVoc.dpuf
http://www.dailymail.co.uk/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.