Rabu, 30 September 2015

Rabu, September 30, 2015
Al Fatihah, Adik Dalili Akhirnya Kembali Ke Rahmatullah | Adik Nur Syafiqah Dalili, 2, yang menghidap biliary atresia (kegagalan fungsi hati) yang menjalani pembedahan pemindahan hati di China Ahad lalu disahkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Al Fatihah, Adik Dalili Akhirnya Kembali Ke Rahmatullah

Perkara berkenaan disahkan ayahnya, Mohd Razali Shamsuddin, 39, menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"Berita mengatakan Dalili dah tak ada tu memang benar. Dia menghembukan nafas terakhir kira-kira jam 2.06 pagi tadi (waktu tempatan).

"Dua hari pertama pembedahan semuanya berjalan lancar...tetapi hari ketiga dia mula demam. Hari keempat, hanya ALLAH yang maha mengetahui, " katanya.

Dalili telah selamat menjalani pembedahan pemindahan hati bersama bapanya merupakan penderma.

Mereka sekeluarga berlepas ke Hospital Renji 3 September lalu.

Tambahnya, mereka perlu menyelesaikan beberapa urusan hospital terlebih dahulu sebelum dapat membawa pulang jenazah Dalili.

"Bila urusan dekat sini selesai, baru boleh dibawa balik," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/al-fatihah-dalili-dah-tak-ada-1.435088


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.