Khamis, 10 September 2015

Khamis, September 10, 2015
Cerai, Linda Rafar Trauma Gagal Hadir Mahkamah Suami Kesal | Semalam Linda Rafar Rafar, dilaporkan gagal hadir ke mahkamah syariah bagi kes pengesahan lafaz cerai oleh suaminya Syed Aiman Syed Mamod.

Linda dikatakan demam teruk kerana trauma menyebabkan bekas anggota kumpulan Elite itu tidak dapat hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

Cerai, Linda Rafar Trauma Gagal Hadir Mahkamah Suami Kesal

Menurut kakaknya, Anita Rafar, Linda mengalami demam dan muntah-muntah kerana masih sedih serta terkejut selepas Syed Aiman, melafazkan cerai di kediaman mereka di Shah Alam dengan disaksikan ibu dan anak-anaknya sekitar pukul 7 pagi kelmarin.

“Linda demam teruk dan muntah-muntah. Disebabkan itu, dia tidak dapat hadir ke mahkamah,” ujar Anita.

Dalam pada itu, Linda menerusi kiriman WhatsApp kepada pihak Kosmo! malam kelmarin berkata, Syed Aiman mengaku kesal dan mahu menarik semula lafaz cerai yang dijatuhkan.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.