Rabu, 9 September 2015

Rabu, September 09, 2015
GAMBAR: Abam Bocey Kemalangan | “Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” kata pelawak Abam Bocey, 27, yang terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Gombak,pagi tadi.

GAMBAR: Abam Bocey Kemalangan

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

GAMBAR: Abam Bocey Kemalangan

Abam ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Firdaus dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara.

“Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya.

GAMBAR: Abam Bocey Kemalangan

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/76122#sthash.zRytIC4i.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.