Jumaat, 18 September 2015

Jumaat, September 18, 2015
Gambar Proton Perdana Baru Dalam Filem Kapsul? | Para pelayar laman sosial dan peminat Proton kini dilaporkan teruja selepas filem terbaru, Kapsul dikatakan telah menampilkan Proton Perdana versi baru.

Gambar Proton Perdana Baru Dalam Filem Kapsul?

Melalui laman Facebook Kapsul The Movie, sebuah video promo berdurasi 53 saat memberikan gambaran ringkas Proton Perdana berkenaan.

Bahagian belakang Proton Perdana berkenaan menampilkan lampu brek LED baharu dan  reka bentuk mewah.

Jelas terpampang logo Proton sambil dihiasi jalur berwarna chrome, memberikan penampilan eksekutif.

Tiada pandangan dari hadapan atau tepi mahupun menyeluruh untuk produk terbaru Proton tersebut.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi terbaru daripada pihak Proton sendiri.

Filem Kapsul bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 17 September ini dengan penampilan khas Dr Mahathir.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/teruja-dengan-proton-perdana-baharu-1.432056


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.