Ahad, 20 September 2015

Ahad, September 20, 2015
Guna Parang Bunuh Nenek | Seorang lelaki berusia 33 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terenggnu hari ini atas tuduhan membunuh neneknya menggunakan parang.

Guna Parang Bunuh Nenek

Maslizan Muhamad dari Bandar Cheneh Baru, Kemaman mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Halimah Taib, 78, di hadapan sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud, Pengadang Buloh, pada jam 9.30 pagi pada 7 September lalu.

Artikel: Nenek Maut Di Bunuh Cucu Gara-Gara Tak Tahan Di Leter

Bagi kesalahan itu,tertuduh berdepan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Abdul Hayyi menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana R Azmi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/78887


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.