Selasa, 8 September 2015

Selasa, September 08, 2015
Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Sebenar Afdlin Shauki \ Beberapa bulan yang lepas, negara dikejutkan dengan kehilangan seorang pelawak yang sangat berbakat, Allahyarham Harun Salim Bachik. Pemergian arwah sememangnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Bukan itu sahaja, ia juga meninggalkan kesan kepada rakan baiknya, Afdlin Shauki yang sentiasa bersama arwah.

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Sebenar Afdlin Shauki

Selepas pemergian arwah, kita tidak pernah tahu apa yang dilalui oleh isteri dan anak-anak arwah sehingga ia didedahkan sendiri oleh isteri arwah, Suriati Mohd Noor. Jauh disudut hatinya, dia bukan lah inginkan simpati orang ramai tapi dia hanya ingin meluahkan terima kasih kepada Afdlin Shauki. Pendedahan ini sangat meruntun jiwa dan ia membuat kita lebih mengenali Afdlin Shauki.

Afdlin sememangnya seorang kawan yang sangat baik sehingga dia sanggup menanggung semua pembelanjaan anak-anak arwah Harun Salim Bachik.

Penjelasaan tentang kehidupan mereka sebenar selepas kehilangan arwah sangat menyentuh hati. Walau bagaimanapun, isteri arwah sememangnya seorang yang sangat kuat dan cekal!

Baru-baru ini, Surianti atau lebih dikenali dengan Kak Su ada berkongsi sesuatu ketika ditemu ramah oleh sebuah rancangan tentang kehidupan dia sekeluarga dan siapa sebenarnya Afdlin Shauki. Jom kita baca:

"Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga. Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami”. 

"Walaupun arwah sudah tiada, tetapi semangat setia kawan dan kasih sayang seorang kawan yang bernama Afdlin Shauki sememangnya adalah bukti erti persahabatan antara mereka berdua. Afdlin Shauki tetap meneruskan semangat itu walaupun dia tahu rakan baiknya itu telah tiada. 

"Jika sebelum ini kita lihat bagaimana hubungan antara arwah dan Afdlin Shauki diatas pentas sangat mencuit hati tetapi jauh di sudut hati Afdlin, kita tak akan tahu bagaimana pecahnya hati dia bila mengetahui tentang pemergian rakan baiknya itu.

Semoga isteri arwah, Kak Su akan terus kuat demi anak-anak dan banyakkan bersabar dengan dugaan dan cabaran yang diberikan. Kepada Afdlin Shauki, sikap anda menjadi tauladan anak muda dan ramai lagi selebriti tempatan. Sikap dan semangat erti persahabatan yang ditunjukkan oleh Afdlin ini besar maknanya kepada keluarga arwah.

Buat Afdlin dan Kak Su, semoga keluarga anda juga dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda.

sumber
http://www.suriafm.com.my/hiburan/gosip-selebriti-tempatan/sikap-afdlin-shauki-sebenarnya-didedahkan-oleh-isteri-arwah-harun-salim-bachik/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.