Rabu, 9 September 2015

Rabu, September 09, 2015
Lelaki Bunuh Anak Jiran Kerana Berebut Mainan Dengan Anaknya | Seorang lelaki ditahan polis kerana membunuh anak jirannya yang berusia tiga tahun sebelum membuang mayat mangsa di dalam lubang najis.

Lelaki Bunuh Anak Jiran Kerana Berebut Mainan Dengan Anaknya
Selamba tunjuk tempat anak jiran dibunuh sambil hisap rokok

Suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Li mengaku mencekik Zhou Shijie hingga mati kerana mangsa berebut permainan dengan anak lelakinya, lapor akhbar People Daily.

Pembunuhan itu berlaku 23 Ogos lalu ketika Shijie pergi ke rumah suspek untuk bermain dengan anaknya di bandar Yibin, tengah China.

Bapa dua anak itu dan keluarga mangsa berjiran dan juga rakan rapat.

Sebelum kejadian, Shijie keluar dengan datuknya sebelum dia merayau sendirian dan pergi ke rumah keluarga Li.

Pada mulanya, keluarga Shijie menyangka kanak-kanak itu hilang.

Namun, rakaman kamera keselamatan di kawasan perumahan itu menunjukkan mangsa pergi ke rumah jirannya dan tidak pernah keluar selepas itu.

Li ditangkap sehari selepas kejadian apabila keluarga kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.

Ketika disoal siasat Li mengaku mencekik Shijie hingga mati kerana terlalu marah selepas mangsa menolak anaknya ketika berebut permainan. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/76236#sthash.revIOzCm.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.