Isnin, 7 September 2015

Isnin, September 07, 2015
Lepas Panjat Kereta Polis, Panjat Kereta Audi Pulak | Tindakan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bermain di bahu jalan dan menyepak kon di Jalan Budiman di sini, semalam menyebabkan suasana di kawasan berkenaan kecoh seketika.

Lepas Panjat Kereta Polis, Panjat Kereta Audi Pulak

Dalam kejadian jam 7.20 pagi, kehadiran lelaki berusia 20-an itu menarik perhatian orang ramai terutamanya ibu bapa yang menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.

Sebelum kejadian, lelaki yang dipercayai berasal dari kampung berhampiran dilihat bermain-main di bahu jalan di depan pintu pagar SK Seri Budiman.

Lepas Panjat Kereta Polis, Panjat Kereta Audi Pulak

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, lelaki itu mula bertindak agresif dengan menyepak setiap kon yang ada di bahu jalan dan terkena pada penunggang motosikal sehingga menimbulkan kekecohan.

Lepas Panjat Kereta Polis, Panjat Kereta Audi Pulak

“Kekecohan berlaku apabila orang ramai yang terkena kon cuba membelasah lelaki itu, mungkin mereka tidak tahu statusnya yang kurang siuman,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/75700#sthash.i4o5WQ0K.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.