Selasa, 22 September 2015

Selasa, September 22, 2015
Lumba Motor Haram Punca Kemalangan Tragis Di Highway Kesas : Tersebar di laman sosial seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi mengenai dua buah video kejadian kemalangan tragis yang melibatkan pelumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).

Lumba Motor Haram Punca Kemalangan Tragis Di Highway Kesas

Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira empat - enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.

Bagaimanapun ketika para pelumba sedang berlumba, salah seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kenderaan proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain.


Rempuhan tersebut menyebabkan ke semua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya kira-kira 100 meter di mana serekan berkenaan mengeluarkan api hasil geseran motosikal dengan jalan.

Berdasarkan komen kejadian dikatakan baru berlaku tetapi tidak dinyatakan waktu dan kebanyakkan mereka perserta lumba haram ini mengalami kecederaan dan ada yang parah.


Apa yang terjadi ini bolehlah dijadikan sebagai iktibar, jangan bila ada melibatkan kehilangan nyawa baru nak menyesal tidak berguna.

#Sehingga kini nasib kesemua mangsa masih belum diketahui dan disahkan lagi. Kalau ikut rumors kat whatapps ada yg kata 4-6 pelumba meninggal dunia...



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.