Isnin, 28 September 2015

Isnin, September 28, 2015
Parti Bikini Akhirnya Di Batalkan | Sebelum ini tersebar di laman Facebook beberapa page politik mengenai sebuah banner yang mempromosikan sebuah parti bikini oleh sebuah kelab Malam di Pulau Pinang.


Banner yang dipasang di kawasan yang penduduk majoritinya Melayu dan berbilang kaum di Juru itu telah menimbulkan kemarahan pengguna media sosial yang menganggap tidakkan itu tidak bertanggungjawab dan menyalahkan kerajaan Pulau Pinang kerana ia tidak menjaga sensetiviti.

Memetik laporan Ismaweb, mereka telah cuba menghubungi pihak pengurusan kelab malam berkenaan dan mereka mengesahkan pesta berkenaan telah dibatalkan.

“Parti bikini tu takkan buat, dah cancel,” katanya yang enggan mendedahkan namanya ketika dihubungi Ismaweb.

Kelab Malam Penang Rentang Poster Bikini

Katanya lagi, banyak perkara yang menghalang hingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa membatalkan parti berkenaan.

“Ia tidak akan dilakukan langsung,” katanya dan terus mematikan talian telefon.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, banner berkenaan telahpun ditanggalkan oleh pihak penganjur selepas dinasihatkan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), petang Jumaat lalu.

“Parti bikini yang dicadangkan dianjurkan pada 1 Oktober ini juga dibatalkan. Penganjur juga dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Biarkan pihak PBT menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu berkenaan jika melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kain rentang terbabit.

sumber
http://www.siakapkeli.my/2015/09/parti-bikini-di-pulau-pinang-dibatalkan.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.