Isnin, 21 September 2015

Isnin, September 21, 2015
Pasangan Kekasih Gagal Curi Tabung Masjid | Sepasang kekasih tergamak mencuri tabung Masjid Asyakirin, Bachang, Melaka, dalam kejadian Khamis lalu, tetapi hasrat mereka terbantut apabila gagal membuka peti besi berkenaan.

Pasangan Kekasih Gagal Curi Tabung Masjid

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, gelagat pasangan itu yang berpura-pura untuk bersolat sebelum cuba memecah tabung di ruang solat lelaki dirakam kamera litar tertutup yang dipasang di masjid berkenaan sebelum kes itu menjadi viral di laman sosial Facebook, sejak kelmarin.

Pengerusi Masjid Asyakirin Mohamad Ismail, 76, berkata, pihaknya menyedari tabung kutipan derma masjid itu cuba dipecahkan pasangan berusia lingkungan 20-an selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.

“Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mengumpil dan membuka peti besi sumbangan jemaah, namun tidak berjaya.

“Selepas gagal mengumpil, lelaki terbabit cuba mengangkat peti besi itu namun tetap gagal,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/79019#sthash.reHRbbwe.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.