Rabu, 2 September 2015

Rabu, September 02, 2015
Peragut Di Belasah, Gambar Di Rakam & Di Sebar | Seorang lelaki yang ditahan selepas meragut rantai seorang wanita menanggung malu apabila gambarnya dirakam orang ramai dalam kejadian di Jalan Tun Ismail, di Kuantan, kelmarin.

Peragut Di Belasah, Gambar Di Rakam & Di Sebar

Malah, dalam kejadian jam 2 petang itu, suspek berusia 23 tahun turut dibelasah orang awam kerana tindakannya itu membahayakan nyawa mangsa sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa seorang wanita berusia 43 tahun ingin melintas jalan untuk ke pusat beli-belah sebelum dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125Z.

“Suspek meragut rantai wanita berkenaan menyebabkan mangsa menjerit sebelum orang ramai yang menyaksikan kejadian mengejarnya.

“Lelaki terbabit ditahan 50 meter dari lokasi kejadian sebelum orang ramai menghubungi polis,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/74537


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.