Ahad, 6 September 2015

Ahad, September 06, 2015
Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Kepada Iskandar Ismail : Alhamdulillah, selebriti Raja Farah,27, kini telah pun sah bergelar isteri kepada suaminya, Iskandar Ismail,33, setelah dinikahkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor sekitar jam 11.50 pagi tadi.

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Kepada Iskandar Ismail

Raja Farah telah dinikahkan oleh ayahnya sendiri iaitu Raja Aziz Raja Ngah.

Perkahwinan Raja Farah bersama Iskandar sememangnya mengejutkan banyak pihak. Selain itu, sebelum ini, Raja Farah sempat berkongsi cerita mengenai bagaimana pertemuannya dengan suaminya itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Kepada Iskandar Ismail

“Dua hari sebelum Ramadan lepas, saya ada berkunjung ke sebuah restoran. Saya makan bersama kawan-kawan. Rupa-rupanya, di situlah dia nampak saya. Ketika itu, dia beritahu bahawa saya yang senyum kepada dia”

“Mungkin dia ingat saya senyum kepadanya, walaupun mungkin senyuman itu saya lemparkan secara rawak. Dia kemudian mahu terus bertanyakan nombor telefon kepada saya, tetapi dihalang oleh kawannya.

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Kepada Iskandar Ismail

“Dia cerita kepada saya, pada waktu itu, dia tidak tahu pun saya ini pelakon sehinggalah kawannya yang beritahu bahawa orang yang dia rasa senyum kepada dia itu merupakan Raja Farah,” katanya kepada Kosmo!

Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Kepada Iskandar Ismail

Semoga perkahwinan Farah kali ini akan membawa bahagia yang berkekalan dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar bermula daripada majlis berinai (malam semalam) dan juga majlis pernikahan.





35 Gambar Sekitar Penikahan Raja Farah Dan Iskandar

sumber
http://www.rotikaya.com/raja-farah-iskandar-ismail-selamat-diijabkabul/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.