Ahad, 6 September 2015

Ahad, September 06, 2015
'Tuhan' Dengan 'Syaitan' Bakal Di Pertemukan | Selepas nama 'Tuhan' dan 'Saiton' (Syaitan) menjadi viral di Indonesia baru-baru ini, satu usaha telah dilakukan untuk mempertemukan kedua-dua pemilik nama unik tersebut.

'Tuhan' Dengan 'Syaitan' Bakal Bertemu

Memetik laporan media Indonesia, melaporkan bahawa  ‎pertemuan itu dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Ada usaha untuk mempertemukan mereka berdua di Jakarta, Indonesia," petik laporan media tempatan Indonesia.

Tuhan, 42, merupakan seorang tukang kayu di Bayuwangi, Jawa Timur Indonesia, sementara Saiton (Syaitan),39, merupakan seorang guru yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan

Kedua pemilik nama ini menjadi popular selepas nama mereka diviralkan di media sosial.

Selain mereka berdua, masih terdapat ramai lagi pemilik nama unik di Indonesia, antaranya lelaki bernama Selamat Dunia Akhirat, Siksa Kubur, Batman bin Suparman, Bom, Royal Jelly, Anti Dandruff, dan Dontworry.

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini, yang mana telah menyenarai nama-nama pelik ini beserta gambar kad pengenalan individu terbabit.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/atur-pertemuan-tuhan-dengan-syaitan-1.427427


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.