Ahad, 6 September 2015

Ahad, September 06, 2015
VIDEO: 6 Maut Kereta Rally Rempuh Penonton | Enam orang termasuk seorang wanita mengandung maut pada Sabtu apabila sebuah kereta rali terbabas dan merempuh ke arah penonton di utara Sepanyol, kata polis.


Rakaman video yang disiarkan stesen televisyen Sepanyol menunjukkan kereta rali terbabit terbabas daripada laluan dalam keadaan jalan yang berdebu di bandar barat laut, Carral ketika perlumbaan Rali Coruna.

"Sebuah kereta dalam rali ini terkeluar daripada laluan dan merempuh penonton ketika kenderaan terbabit memecut di satu selekoh.

"Kami sahkan bahawa enam orang mati iaitu empat wanita dan dua lelaki. Salah seorang adalah seorang wanita mengandung," kata jurucakap polis.

VIDEO: 6 Maut Kereta Rally Rempuh Penonton

Katanya, kira-kira 20 orang pula mengalami kecederaan dan beberapa orang dibawa ke hospital manakala sekurang-kurangnya dua dikaatkan cedera "parah".

Sementara itu, jurucakap berkenaan berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat nahas berkenaan. - AFP



sumber
http://www.bharian.com.my/node/79867


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.