Rabu, 9 September 2015

Rabu, September 09, 2015
Video: Datin Terkejut Kena Bayar Parking RM12,177 | Seorang wanita dan rakannya terkejut apabila melihat jumlah bayaran parkir keretanya sebanyak RM 12,177 di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, kelmarin.

Datin Terkejut Kena Bayar Parking RM12,177

Menurut mangsa, Datin Ira Ghani, kejadian itu sungguh mengejutkan kerana jumlah bayaran parking itu tidak masuk akal.

“Alangkah terkejutnya apabila mesin itu menunjukkan jumlah yang perlu dibayar sebanyak itu dan jumlah itu bersamaan 408 hari meletakkan kenderaan di situ.

“Pada hakikatnya kami berada di situ tidak lebih empat jam dan perkara itu menambah kemusykilan kami,” katanya

Menurutnya, beliau ingin meraikan sambutan hari jadi rakannya di situ dan perkara itu terjadi ketika rakannya hendak membayar tiket parkir.

“Saya hairan kenapa dia berpatah balik dan mengajak saya untuk melihat sendiri harga bayaran tiket berkenaan.

“Kami terkejut dengan jumlah harga tiket yang terpapar di skrin mesin pembayaran automatik,” katanya sambil tertawa.

Beliau berkata, video yang dirakam rakannya yang kemudian dimuat naik di laman Instagram miliknya hanyalah sekadar gurauan saja.

“Saya sendiri tak sangka video ni akan menjadi viral. Saya tahu apabila saya ke tempat kerja dan ada rakan yang menanyakan mengenai video terbabit.

“Perkara itu diselesaikan dengan bantuan pihak pengurusan parkir terbabit dan bayaran tiket parkir terbabit hanyalah sebanyak RM12 saja,” katanya.



Terkejut kena bayar parking RM12,177...hahaha...mampoihh cenggini oiii..
Posted by Video Viral on Tuesday, 8 September 2015


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/75921#sthash.IWXrIKb7.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.