Selasa, 8 September 2015

Selasa, September 08, 2015
Zaquan Adha Kesal Media Gelar Pemain Malaysia "Wajah Yang Memalukan" | 10-0. Memang satu keputusan paling sadis apabila team bola sepak Malaysia dibelasah 10-0 ketika menentang pasukan UAE di kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Ramai peminat bola sepak tanah air , termasuklah pengulas sukan negara melahirkan rasa sedih, kecewa dan malu dengan prestasi pasukan Malaysia. Susulan kekalahan ini, jurulatih Harimau Malaya iaitu Dollah Salleh telah pun meletakkan jawatan. Malah pihak pengurusan FAM turut diminta meletakkan jawatan kerana kekalahan memalukan ini.


Namun satu laporan di dalam akhbar tempatan melabelkan pemain Malaysia yang beraksi menentang UAE pada perlawanan tersebut sebagai ‘wajah yang memalukan negara’ telah membuatkan Zaquan Adha meluahkan rasa kecewanya.

Zaquan Adha Kesal Media Gelar Pemain Malaysia "Wajah Yang Memalukan"

Zaquan menempelak si penulis yang tidak memikirkan hati dan perasaan para pemain yang telah berhempas pulas berjuang untuk negara walaupun keputusan akhirnya memang jelas mengecewakan.

sumber
http://beautifulnara.com/zaquan-adha-kecewa-pemain-malaysia-dilabel-wajah-yang-memalukan-negara/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.