Khamis, 1 Oktober 2015

Khamis, Oktober 01, 2015
2 Anggota Polis Cedera Di Tembak Ketika Cuba Berkas Penjenayah | Dua anggota polis cedera selepas terkena tembakan ketika cuba memberkas dua suspek dadah di tepi jalan di Pusat Komersial Salut berhampiran bulatan Jalan Sepanggar, petang semalam.

2 Anggota Polis Cedera Di Tembak Ketika Cuba Berkas Penjenayah
Ganbar Hiasan- 2 Penjenayah  bersenjata di Sabah berjaya di berkas
Dalam kejadian, kira-kira 2 petang itu, dua anggota detektif berpangkat Sarjan Mejar cedera di kepala manakala seorang lagi Konstabel cedera di hidung dan dada namun kedua-dua mereka dilaporkan stabil.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah membuat operasi dan terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan kejadian.

"Anggota polis kemudian memperkenalkan diri sebelum kedua-dua lelaki cuba melarikan diri lalu berlaku pergelutan sebelum seorang suspek diberkas manakala seorang lagi melarikan diri ke arah bukit.

"Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas suspek yang ditahan, tiba-tiba bunyi tembakan dipercayai daripada rakan suspek yangg diberkas menyebabkan anggota polis membalas untuk mempertahankan diri dan selepas situasi kembali tenang, dua anggota polis mengalami kecederaan akibat terkena tembakan," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas suspek berusia 27 tahun warga Filipina menemui dua paket disyaki dadah jenis syabu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/81645#sthash.BsN3ooOO.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.