Khamis, 1 Oktober 2015

Khamis, Oktober 01, 2015
Ammar Alfian Saja Tayang Tatu, Cium Kekasih Papar Di Instagram? | Ammar Alfian, 28, menafikan dia sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambarnya dengan tatu di badan di laman Instagram miliknya, semalam.

Ammar Alfian Saja Tayang Tatu, Cium Kekasih Papar Di Instagram

Ammar berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan hanya kerana dia tidak berbaju kerana sebelum ini ada saja selebriti yang menayangkan badan mereka.

Katanya, disebabkan dia tidak disukai segelintir pihak, maka ia sengaja diperbesarkan.

“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu.

"Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya.

"Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarlah orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya dan bukan kisah-kisah peribadi saya seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan hasratnya untuk membuang tatu terbabit tetapi belum berkesempatan.

"Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan ada kesan parut jika saya membuangnya.

"Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai video dia mengucup bibir seorang wanita dipercayai kekasihnya di Instagram ketika bercuti di sebuah pulau, baru-baru ini, Amar berkata, perkara itu dilakukan tanpa dia berfikir mengenai kesannya.

"Saya memang tidak sengaja memuat naik video itu dan wanita itu juga bukan kekasih saya.

"Apabila ada rakan menegur mengenai video itu saya terus memadamnya. Saya mengaku saya silap dan saya mohon maaf. Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,”katanya.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan Ammar dalam keadaan tidak berbaju mengucup bibir seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Difahamkan, Ammar memuat naik video itu di Instagram semalam sebelum bertindak memadamnya beberapa jam kemudian.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/81354#sthash.pNW2g3pT.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.