Ahad, 11 Oktober 2015

Ahad, Oktober 11, 2015
Anggota Penyelamat Cerita Rasa Kurang Enak Ketika Selamatkan 2 Murid Orang Asli | Seorang anggota penyelamat yang berbual dengan penulis mengakui dia berasa kurang enak ketika mengambil kedua-dua kanak-kanak yang masih hidup itu di tebing Sungai Perias pada pagi tadi.

Anggota Penyelamat Cerita Rasa Kurang Enak Ketika Selamatkan 2 Murid Orang Asli

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, bulu roma saya meremang, kanak-kanak ini hanya memerhatikan kami dengan mata yang terbuka luas dan ketakutan dan tidak berkata apa.

"Saya juga berasa pelik kerana dua kanak-kanak ini boleh bertahan begitu lama," katanya.

Menurutnya, Mirsudiar dan Norieen mengakui yang mereka akan melarikan diri dan bersembunyi setiap kali mendengar ada orang menghampiri mereka.

Malah mereka dikatakan hanya berada di sekitar tebing sungai tersebut kerana tujuan mereka adalah untuk pulang ke rumah di Kampung Penod dan Gawin yang terletak di kawasan hulu sungai itu.

Apakah ada unsur lain membantu Mirsudiar dan Norieen untuk terus bertahan. Bagaimana mereka masih mampu untuk hidup? Mungkin itulah persoalan bermain di setiap orang yang membaca kisah dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan di dalam banir pokok di tepi Sungai Perias selepas 48 hari hilang.

Kawasan tersebut dipenuhi semak-samun dan hutan belantara. Untuk sampai di situ, orang dewasa perlu berjalan kaki lebih dua jam walaupun jaraknya hanya kira-kira 800 meter daripada penempatan Orang Asli di Pos Tohoi.

Sungai itu juga sukar untuk dimudiki dengan bot kerana arus yang deras, banyak jeram dan juga berbatu-batu.

Anggota Penyelamat Cerita Rasa Kurang Enak Ketika Selamatkan 2 Murid Orang Asli

Satu lagi persoalan, bagaimana mereka 'terlepas pandang' daripada pencarian pasukan penyelamat biarpun usaha mencari dibuat secara teliti di seluruh kawasan itu, malah sejauh 140 kilometer menjangkaui bandar Gua Musang dan Cameron Highlands di Pahang.

Pasukan penyelamat juga menggunakan khidmat unit anjing pengesan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan tentera dalam misi tersebut.

Jawapan-jawapan ini hanya ada pada Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, Mereka merupakan antara dua orang yang masih hidup daripada tujuh yang hilang. Dua mayat telah dikenal pasti iaitu Ika Ayel, 9, dan Sasa Sobrie, 8. Satu tengkorak dan rangka tidak diketahui milik siapa. Dua lagi masih hilang.

Mirsudiar dan Norieen adalah yang paling tua dalam kumpulan itu. Mereka dikatakan 'lari' dari sekolah kerana takut dimarahi guru selepas ditangkap mandi di sungai tersebut pada 23 Ogos lalu.

Misi pencarian ketujuh-tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi ini adalah di antara yang terbesar dalam sejarah di negeri ini dan mungkin juga negara kerana menggabungkan lapan agensi yang ditunjangi oleh polis.

Sejak awal lagi, pelbagai teori dikemukakan, ada yang mendakwa mereka disembunyikan, diculik dan juga sesat dalam hutan. Namun pihak polis melakukan siasatan dalam semua aspek.

Malah ada cakap-cakap mengatakan kanak-kanak ini tidak hilang. Bahkan, teori yang menarik ialah unsur mistik. Kanak-kanak ini disembunyikan oleh jin. Benarkah begitu kerana mengikut teori orang hilang, mangsa hanya mampu bertahan selama 30 hari, tambahan pula ini kanak-kanak.

Misteri kehilangan tujuh pelajar Orang Asli semakin hampir ke penghujungnya. Sedikit masa lagi semuanya akan terungkai tetapi beri masa kepada dua kanak-kanak itu merungkaikannya.

Namun perkara yang lebih besar ialah tragedi ini membuka mata semua pihak mengenai isu-isu yang membabitkan masyarakat Orang Asli terutama di Gua Musang.

Diharapkan ada sinar baru untuk kehidupan masyarakat di pedalaman ini.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bagaimana-mirsudiar-dan-norieen-boleh-hidup-1.144782#sthash.rZuiF9nv.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.