Rabu, 14 Oktober 2015

Rabu, Oktober 14, 2015
Hanya Kerana Alkohol : ‘Viral’ mengenai produk paracetamol syrup 120 miligram/5 mililiter ditarik balik adalah benar kerana ia disahkan mengandungi alkohol oleh Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan,  malam tadi.

Hanya Kerana Alkohol

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A Rahman berkata, kementerian sudah menetapkan spesifikasi bahawa produk itu tidak mengandungi alkohol dan ketika tawaran dibuat mendapati kandungan alkohol tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan produk menyebabkan tawaran diberikan kepada syarikat Royce Pharma Sdn Bhd membekalkan produk itu.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut mendapati produk berkenaan didapati mengandungi alkohol, tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan.

“Kementerian sudah mengarahkan syarikat berkenaan memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.

Hanya Kerana Alkohol

“Bagaimanapun, produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Kandungan alkohol pada produk berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, pengguna boleh menghubungi Bahagian perkhidmatan farmasi menerusi talian 1800886722 atau E-mel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/84918?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.