Jumaat, 16 Oktober 2015

Jumaat, Oktober 16, 2015
APMM Gagalkan Cubaan Rompak Kapal Minyak RM95 Juta | Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya mematahkan cubaan sekumpulan lanun merompak kapal tangki MT Almi Spirit yang membawa muatan 90,000 tan metrik minyak bernilai AS$23 juta (RM95 juta) di perairan Tanjung Piai, Pontian semalam.

APMM Gagalkan Cubaan Rompak Kapal Minyak RM95 Juta

Ketua Penguat Kuasa APMM Daerah Johor Bahru, Kapten Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata, pihaknya menerima maklumat risikan berhubung aktiviti perompak terbabit pada pukul 6.10 pagi sebelum mengarahkan Kapal Maritim (KM) Rawa yang sedang melakukan rondaan rutin di perairan berhampiran ke lokasi kejadian.

Katanya, KM Rawa berjaya mengesan kapal MT Almi Spirit yang sedang bersauh pada kedudukan empat batu nautika dari Tanjung Pelepas, Gelang Patah dekat sini pada pukul 8.35 pagi.

“Pihak APMM turut mengatur gerak dua lagi aset iaitu KM Satria dan bot Kilat 18 untuk membantu KM Rawa dalam melakukan operasi menyelamat.

“KM Rawa kemudiannya merapat pada kapal tangki berkenaan dan komando APMM melakukan penggeledahan. Bagaimanapun, perompak yang berada di atas kapal terbabit telah melarikan diri dan tidak sempat mengambil apa-apa semalam.

Aminuddin berkata, pe­rompak yang sempat melarikan diri itu berkemungkinan melarikan diri dengan terjun ke laut atau menaiki bot pancung.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.