Selasa, 20 Oktober 2015

Selasa, Oktober 20, 2015
Arif Dollah (Bapa Tiri) Mahu Sufi Mohon Maaf | Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah meminta Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Muhammad Sufie Rashid, 24, atau Sufi memohon maaf sama ada secara terbuka atau tertutup bagi membersihkan namanya daripada dakwaan gangguan se-ksual terhadap penyanyi itu.

Arif Dollah (Bapa Tiri) Mahu Sufi Mohon Maaf

Arif ditemui pada sidang media khas mengenai kes gangguan se-ksual yang dilaporkan terhadapnya menjelaskan, peguamnya kini dalam proses menyiapkan surat bagi memohon Sufi yang juga bekas anak tirinya itu membuat permohonan maaf dalam masa tujuh hari.

“Andai kata Sufi memohon maaf secara terbuka atau datang sendiri kepada saya untuk memohon maaf, saya sedia mempertimbangkan untuk menarik balik saman malu terhadapnya.

“Dia yang membuka isu ini (dakwaan se-ksual), saya mahu dia menutup isu ini kembali,” katanya.

Ditanya adakah dia sengaja membuat sidang media di Malaysia selepas Sufi menjadi juara AF2015 dan memandangkan kes yang dilaporkan berlaku di Singapura, Arif menjelaskan, kes ini mula dimainkan di media Malaysia sebelum merebak ke media Singapura dan Indonesia.

“Memandangkan kes ini mula bermain di media Malaysia, jadi sebab itu saya memilih untuk mengadakan sidang media di sini. Selain itu, saya mahu membersihkan nama saya.

“Malah, selepas ini saya akan ke Bukit Aman membuat laporan polis bagi menghalang Tegar membuat kenyataan berkaitan kes se-ksual di media Malaysia kerana Tegar sudah  menarik kes gangguan se-ksual di Singapura,” jelasnya.


Dakwaan Tegar tidak benar

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai penyanyi dari Indonesia tersebut, Arif berkata, dia sebelum ini disiasat di bawah Perlindungan Hak Kanak-Kanak di Singapura berhubung dakwaan menonton video lu-cah dan membuat perbuatan tidak bermoral di hadapan Tegar.

“Beberapa dakwaan Tegar berkenaan saya didapati bercanggah dan Tegar akhirnya membuat pengakuan dakwaannya terhadap saya adalah tidak benar.

“Akhirnya kes ini gugur tetapi bukan gugur kerana tiada bukti; sebaliknya kerana Tegar sendiri buat kenyataan bahawa semua yang didakwa tidak pernah terjadi,” katanya.

Tambah Arif, dia sudah membuat laporan polis dan memfailkan saman sivil kepada Tegar, namun disebabkan ia melibatkan dua negara, maka siasatan lanjut terhadap Tegar tidak dapat dilakukan.

“Polis berkata memandangkan Tegar merupakan rakyat Indonesia, mereka tidak boleh sewenangnya menahan dan mendakwa Tegar. Jadi saya tidak tahu apa perkembangan kes berkenaan setakat ini,” ujarnya.

Terdahulu media pada awal tahun lalu melaporkan Arif, 30 dipanggil polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan yang dibuat oleh Tegar dan Sufi berhubung gangguan se-ksual yang didakwa dilakukan olehnya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/arif-dollah-saya-mahu-sufi-mohon-maaf-1.442229


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.