Khamis, 8 Oktober 2015

Khamis, Oktober 08, 2015
Bom Motorsikal: Anak Angkat Di Tahan | Lelaki Lelaki berusia 27 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, berhubung kes pasangan warga emas yang maut akibat bahan letupan buatan sendiri di Kilometer 3 Jalan Pulai-Gua Musang, dekat Kampung Pulai,, semalam.

Bom Motorsikal: Anak Angkat Di Tahan

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri, 9.30 pagi tadi di Mahkamah Majistret Gua Musang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu yang juga anak angkat pasangan berkenaan ditahan semalam di rumahnya di Kampung Batu Papan Dua, di sini, kira-kira sejam selepas kejadian.

Bom Motorsikal: Anak Angkat Di Tahan

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Cha Mok Liong dan isterinya, Fong Ah Fong masing-masing berusia 72 tahun maut dengan mayat mereka berkecai berikutan bom buatan sendiri dipercayai dipasang pada motosikal dinaiki mereka, meletup.

Difahamkan pasangan terbabit dalam perjalanan ke Pulai untuk ke pejabat Lembaga Getah Malaysia dan sarapan pagi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/83449#sthash.v9pYUnqS.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.