Sabtu, 24 Oktober 2015

Sabtu, Oktober 24, 2015
DJ Hilang 2 Bulan, Sangkanya Cuma Sehari : "Saya ingat saya hilang sehari rupanya dua bulan, " ujar DJ sambilan, Azhar Muhammad, 45, atau dikenali DJ Kahong yang hilang dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, Klang.

DJ Hilang 2 Bulan Sangkanya Cuma Sehari

DJ Kahong ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus sekitar jam 7.30 pagi tadi di lokasi sama.

Ketika menceritakan keadaannya ketika hilang, dia memberitahu telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang serta menyerahkan kepadanya rantai leher dan tangan berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

"Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia...rupanya dah dua bulan, saya terkejut bila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

"Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya," lapor Sinar Harian.

Azhar, 45, dilaporkan hilang 10 Ogos lalu di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar, Klang.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/dj-kahong-hilang-selepas-ikut-lelaki-tua-1.443696


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.