Rabu, 7 Oktober 2015

Rabu, Oktober 07, 2015
Duda Tunjuk "ANU" Depan Rumah Siti Nurhaliza Di Denda RM5,000 | duda anak dua didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang sebentar tadi atas pertuduhan menunjukkan kema-luannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ahad lalu.

Duda Tunjuk "ANU" Depan Rumah Siti Nurhaliza Di Denda RM5,000

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Osman Amiruddin Sulaiman, 49,  dan dia turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Amirudin Sulaiman didakwa menunjukkan zakarnya di hadapan rumah penyanyi berkenaan jam 5 petang 4 Oktober lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/duda-didenda-rm5-000-tunjuk-anu-depan-rumah-siti-1.437720


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.