Khamis, 15 Oktober 2015

Khamis, Oktober 15, 2015
Firdaus Tersedak Makanan Ketika Di Serang Sawan | Kematian remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, semalam, disebabkan tersedak makanan ketika diserang sawan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah.

Firdaus Tersedak Makanan Ketika Di Serang Sawan

Pengarah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Dr. Ariffin Mohamad mengesahkan perkara tersebut sebentar tadi.

Sementara itu, jenazah Muhammad Firdaus tiba di Masjid Negeri dekat sini untuk disembahyangkan selepas dimandikan dan dikafankan di Unit Forensik HTJ.

Mengiringi jenazah Allahyarham ialah ibunya, Lolanopita Sadi, 41, selain beberapa kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Ketika ini, jenazah remaja itu akan disembahyangkan selepas solat Zuhur sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Hj Mohd. Said dekat sini untuk dikebumikan.

Yang turut hadir di masjid ketika ini ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pegawai kerajaan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/muhammad-firdaus-tersedak-makanan-ketika-diserang-sawan-1.146682


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.