Rabu, 7 Oktober 2015

Rabu, Oktober 07, 2015
Haiwan Pelik Di Temui, Badan Kerbau, Kepala Buaya | Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.

Haiwan Pelik Di Temui, Badan Kerbau, Kepala Buaya

Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.

Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.

Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.

Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/83131#sthash.mZ8eN8WZ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.