Ahad, 18 Oktober 2015

Ahad, Oktober 18, 2015
Hilang Dari Pusat Pengasih, Zamani Buat Laporan Polis | Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam berhubung laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.
   
Hilang Dari Pusat Pengasih, Zamani Buat Laporan Polis

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.
   
"Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada jam 3.45 pagi semalam," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
   
Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.
    
TEMPOH RAWATAN ZAMANI DAH TAMAT

Hilang Dari Pusat Pengasih, Zamani Buat Laporan Polis

Dalam pada itu, menurut pengurus Zamani Johan Aziz, tempoh rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah penyanyi, Zamani Slam di Rumah PENGASIH selama enam bulan sudah tamat.

Justeru, Johan berkata istilah Zamani melarikan diri daripada pusat rawatan itu adalah tidak wajar kerana keputusan menjalani rawatan pemulihan di situ adalah pilihan beliau sendiri dan bukan atas perintah mahkamah.

"Saya ada terbaca kenyataan pihak PENGASIH mencari Zamani seperti penjenayah yang dikehendaki dan merasakan ia sebagai tidak wajar.

"Zamani dengan suka rela menawarkan diri untuk menjalani rawatan pemulihan di Rumah PENGASIH atas nasihat keluarganya. Malah, tempoh ditetapkan adalah selama enam bulan dan dia (Zamani) sudah melebihi tempoh selama dua bulan di sana.

"Saya ada menjenguk Zamani ketika Hari Raya Aidilfitri lalu, dan dia ada menyuarakan hasrat untuk keluar dari PENGASIH bagi menjalani kehidupan seperti biasa namun permintaannya itu dihalang oleh pihak berkenaan.

Pengurus Mengaku Jumpa Zamani, Namun Nafi Jadi Dalang

"Saya tidak ingin mengganggu apa yang diuruskan pihak mereka namun dalam masa sama, saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Zamani sendiri," katanya kepada BH Online.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada jam 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.
   
Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/zamani-buat-laporan-polis-berhubung-kehilangannya-1.441399
http://www.bharian.com.my/node/89639


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.