Selasa, 20 Oktober 2015

Selasa, Oktober 20, 2015
Hubungi Saya, Bukan Belasah Pekerja - Pemilik CarWash | "Jika tidak puas hati hubungi saya, bukan cederakan pekerja sehingga hidung patah untuk selesaikan masalah," kata pemilik kedai cuci kereta di Subang Perdana, Haziyatie Abdul Hamid, selepas video mengenai pekerjanya dibelasah pelanggan diviralkan di laman sosial.


Menurutnya, dia mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerjanya yang mengadu dan mendakwa bahawa seorang pelanggan lelaki berusia 30-an memukul pekerja warga Bangladesh di muka.

"Saya ke kedai cuci kereta dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat keadaan yang sebenar.

"Melalui CCTV, saya lihat lelaki berkenaan memarahi pekerja saya kerana mendakwa mangsa mengotorkan kereta mewahnya sebelum bertindak menampar lelaki warga Bangladesh berkenaan," katanya.

Menurutnya, lelaki itu difahamkan kembali semula dan sekali lagi membelasah pekerja Bangla tersebut selepas beberapa minit beredar dari lokasi kejadian.

"Mangsa menyorok di belakang kedai sebelum dia dibelasah sehingga berdarah yang mengakibatkan bahagian hidung mangsa cedera.

"Saya membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan dan dapati bahawa tulang hidungnya retak," katanya.

Haziyatie yang kesal dengan kelakuan lelaki itu berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, video lelaki yang dipercayai ahli perniagaan membelasah pekerja warga Bangladesh gara-gara mengotorkan kereta mewahnya menjadi viral di laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, polis sudah menahan suspek semalam di Damansara dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Suspek yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30-an ditahan 10 malam tadi di Damansara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mangsa dipercayai patah tulang hidung dan masih dirawat Sungai Buloh.

"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. "Pihak kami sedang mendapatkan perintah reman daripada mahkamah pagi ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang di IPK Selangor

via
http://www.hmetro.com.my/node/86353


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.