Rabu, 28 Oktober 2015

Rabu, Oktober 28, 2015
Ibu & Anak Seminggu Didera Kekasih |Seorang wanita Siam dan anak perempuannya dikurung, didera selama kira-kira seminggu di dalam bilik di sebuah rumah di Tanjung Chat di sini sebelum mereka dapat melarikan diri dan meminta bantuan jiran.

Ibu & Anak Seminggu Didera Kekasih

Kejadian menyedihkan itu ang­kara perbuatan bekas banduan yang juga disyaki menagih dadah dan tinggal bersekedudukan de­ngan wanita warga Thailand itu.

Kanak-kanak yang menjadi ­mangsa dera itu pula disyaki anak luar nikah kepada suspek yang berusia 33 tahun selepas pasangan itu tinggal bersama sejak tahun 2013.

Ibu muda yang berusia 21 tahun dan anaknya berjaya melarikan diri pada Ahad lalu dengan me­minta bantuan jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (gambar) berkata, kedua-dua beranak itu dipercayai menjadi mangsa dera kepada suspek dengan mereka dikurung, dipukul dan dicucuh api rokok.

“Pemeriksaan ke atas wanita warga Thailand dan anaknya yang berusia dua tahun menemui kesan lebam pada badan dan mata mereka akibat dipukul.

“Selain itu, turut ditemui kesan cucuhan api rokok pada badan dan punggung kanak-kanak itu,” kata beliau di sini semalam.

DERA SEBAB TAK PANGGIL ABAH

Dalam pada itu menurut ibu mangsa, anaknya turut didera hanya disebabkan tidak mahu memanggil teman lelaki ibunya dengan panggilan 'abah', seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera seorang lelaki berusia 32 tahun.

Ibu kepada kanak-kanak itu mendakwa anaknya tidak merasa selesa dan sering melarikan diri apabila didekati suspek sebelum ini.

"Anak saya melarikan diri apabila didekati, sebab itulah dia (suspek) akan marah dan bersikap baran terhadap anak saya," katanya kepada pemberita ketika menemani anaknya menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian

via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.