Selasa, 13 Oktober 2015

Selasa, Oktober 13, 2015
Ibu Sasa Alami TRAUMA Teruk | Ahli keluarga kanak-kanak Orang Asli, Sasa Sobrie, 8, yang meninggal dunia akibat tersesat di hutan bersama enam rakannya mengalami trauma yang cukup hebat selepas mayat mangsa ditemukan baru-baru ini.

Ibu Sasa Alami TRAUMA Teruk

Ibu Sasa, Amek Alang menjadi individu yang paling menderita sehingga gemar bersendirian selain hilang selera makan akibat terlalu rindukan anaknya.

Amek, 27, ketika ditemui di rumah saudaranya di Pos Tohoi berkata, dia masih belum dapat menerima kenyataan anak sulung daripada empat beradik itu telah tiada.

“Sasa seorang anak yang periang dan sungguh manja dengan saya. Saya sayangkan Sasa dan kami sekeluarga begitu merasai kehilangannya,” kata Amek ketika selepas menerima kunjungan rombongan Jabatan Pendidikan negeri diketuai Pengarahnya, Ab. Aziz Abdullah dan Pegawai Pendidikan Daerah, Muhammad Zahari Othman.

Dalam kunjungan tersebut, keluarga Sasa menerima bantuan makanan harian dan wang tunai.

Sementara itu, seorang kaunselor dari Pejabat Pendidikan Daerah, Rosmaizaan Abdul Rahman mengakui, ketika ini emosi ahli keluarga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang kehilangan anak berada dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, seramai lapan orang kaunselor telah terlibat dalam memberi semangat agar mereka pulih daripada kesedihan.

“Saya bersama tujuh lagi kaunselor lain kini memberi mereka kaunseling serta semangat supaya mereka pulih daripada kesedihan.

“Selepas dipujuk beberapa kali barulah mereka menjamah makanan namun keadaan emosi mereka masih belum stabil,” katanya yang terlibat memberi kaunseling sejak hari pertama Sasa ditemukan.

Sasa merupakan murid Orang Asli pertama yang ditemukan oleh anggota penyelamat di Sungai Perias selepas mereka hilang sejak 23 Ogos lalu.

Pada 7 Oktober lalu, mayat Sasa Sobrie ditemukan dalam keadaan

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/keluarga-sasa-sobrie-masih-trauma-1.145930#sthash.KdKfonuL.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.