Selasa, 6 Oktober 2015

Selasa, Oktober 06, 2015
Isteri Ezad Exist Lahir Anak Lelaki | Isteri penyanyi Ezad Lazim, Nor Azeana Ramli, 36, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Ampang pada 2.15 petang semalam.

Isteri Ezad Exist Lahir Anak Lelaki

Ini adalah anak kedua pasangan yang bernikah pada 30 Mac 2013 itu selepas dikurniakan anak perempuan, Puteri Rania Keisha yang kini berusia dua tahun.

Nor Azeana atau lebih dikenali dengan Zeana, nekad mahu melahirkan anak kedua mereka walaupun disahkan menghidap ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST).

Ezad, 36, berkata, isterinya dimasukkan ke wad sejak 10 pagi dan menjalani pembedahan pada tengahari.

“Alhamdulillah anak lelaki saya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah. Cuma saya sedang menunggu perkembangan isteri kerana dia mengalami pendarahan yang banyak,” katanya ketika dihubungi.

Zeana mula mengalami sakit perut sebaik pulang mengerjakan umrah pada Februari lalu. Dia seterusnya menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan.

Seminggu kemudian, Zeana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi, namun selepas itu sakitnya kembali berulang. Dia dirujuk semula kepada doktor dan disahkan menghidap GIST.

Ezad pernah memberitahu, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang selepas bersalin.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/82586#sthash.7gR2lj0M.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.