Selasa, 20 Oktober 2015

Selasa, Oktober 20, 2015
Jangan Terkejut Andai Nora Danish & Nedim Tiba-Tiba Berkahwin | Menurut Nora Danish, jangan terkejut jika dia dan bekas kekasihnya Nedim Nazri akan berkahwin walaupun hubungan mereka ketika ini hanyalah sekadar teman biasa.

Jangan Terkejut Andai Nora Danish & Nedim Tiba-Tiba Berkahwin

Tambah Nora lagi, hubungan cinta mereka adalah rumit dan mereka membuat keputusan berpisah sementara waktu untuk menyelesaikan beberapa masalah.

"Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.

"Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan. Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan.

"Bagaimanapun saya harap orang ramai  jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin," katanya.

Terdahulu Nora Danish pernah mendedahkan hubungannya dengan Nedim, 34, sudah berakhir dengan persetujuan bersama.

Namun baru-baru ini terdapat foto mereka yang dirakamkan secara berasingan bersama Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair di Bali, Indonesia yang menimbulkan kekeliruan mengenai staus sebenar mereka.

Mengenai foto tersebut jelas Nora, dia mengakui ke bandar pelancongan itu bersama Nedim dan rakan-rakan yang digelar De Morian Crew bagi menghadiri majlis hari jadi teman mereka.

"Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula.

"Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim.

"Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah," tuturnya.

"Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/10/20/nora-nedim-bersama/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.