Khamis, 15 Oktober 2015

Khamis, Oktober 15, 2015
Jenazah Muhammad Firdaus Selamat Di Kebumi | Jenazah Allahyarham remaja OKU Muhammad Firdaus,16, selamat dikebumikan di Makan Tuan Hj Said jam 1.45 petang tadi.

Jenazah Muhammad Firdaus Selamat Di Kebumi

Turut kelihatan ibunya, Lolanopita ditanah perkuburan tersebut. Keputusan bedah siasat hari ini mendapati punca kematian Muhammad Firdaus disebabkan tersedak makanan apabila diserang sawan.

Muhammad Firdaus tidak sedarkan diri disebabkan saluran pernafasan tersumbat ketika makan tengah hari.

Jenazah Muhammad Firdaus disolatkan di Masjid Negeri selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli berkata, pihaknya mendapat kebenaran ibu remaja kurang upaya itu, Lolanopita Sadi, 41 untuk menguruskan jenazah anaknya.

Tambahnya lagi, bermula malam tadi majlis tahlil telah diadakan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah.

sumber 
http://www.sinarharian.com.my/semasa/jenazah-firdaus-selamat-dikebumikan-1.440568


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.