Khamis, 1 Oktober 2015

Khamis, Oktober 01, 2015
Kamal Adli Dah Nikahi Emma Maembong? | Kamal Adli, 29, menafikan dia melangsungkan pernikahan dengan pelakon Emma Maembong selepas gambar mereka ‘berkahwin’ menjadi viral di Internet sejak beberapa hari lalu.

Kamal Adli Dah Nikahi Emma Maembong?

Kamal ketika dihubungi berkata, gambar mereka kononnya bernikah itu adalah antara babak dalam drama Jodoh Sebelah Pintu lakonannya dengan Emma.

Menurut Kamal, dia sudah memuat naik gambar itu di Instagram sudah lama dengan tujuan mempromosikan drama itu dan tidak sangka baru sekarang ia menjadi viral.

“Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya," katanya.

Kamal Adli Dah Nikahi Emma Maembong?

Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil ini enggan melatah sebaliknya meminta peminat supaya lebih sensitif dan menghormati hak orang lain.

Gambar mereka lengkap dengan persalinan perkahwinan yang memaparkan Emma bersalam dan mengucup tangan Kamal itu dimuat naik pihak tertentu di Internet kononnya mereka bernikah pada 27 September lalu di Terengganu.

Walaupun tidak pernah membuat pengakuan dia bercinta dengan Emma, Kamal tidak menolak sekirannya dia ada jodoh dengan Emma.

Kamal Adli Dah Nikahi Emma Maembong?

“Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT," katanya.

Kamal berkata, sejak dia mula berkawan dengan Emma, hubungan mereka berjalan dengan baik.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/81292#sthash.tXzBNekE.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.