Ahad, 11 Oktober 2015

Ahad, Oktober 11, 2015
Kehilangan Murid Orang Asli: Lelaki Tua Datangi Mimpi Ibu Dakwa Anaknya Masih Hidup | “Mimpi anak saya ditemukan dalam keadaan selamat menjadi nyata,” kata Midah Angah, 40, ibu kepada Norieen Yaakob, 10, salah seorang daripada dua kanak-kanak yang ditemukan selamat di dalam banir sebatang pokok di tebing Sungai Perias .

Kehilangan Murid Orang Asli: Lelaki Tua Datangi Mimpi Ibu Dakwa Anaknya Masih Hidup

Bagaimanapun dia tetap resah bila nasib seorang lagi anaknya, Haikal Yaakob, yang masih belum diketahui sama ada hidup ataupun mati.

Menurut Midah, selepas penemuan dua mayat kanak-kanak sebelum ini, hatinya cukup resah dan pada masa sama terus berdoa ke­selamatan dua anaknya itu.
“Malam tadi saya bermimpi didatangi seorang lelaki tua yang seolah-olah bercakap anak-anak masih hidup. Dia kata anak saya hidup dalam hutan dan ada buah (untuk makan) tetapi tinggi dan tidak boleh panjat (pokok)"
Tambahnya, dia juga hairan bagaimana anaknya itu dapat bertahan cukup lama di dalam hutan walaupun tanpa makanan.

"Mungkin dia cuma makan tanah dan rumput, Saya kemudian terjaga daripada tidur dan menangis mengenangkan nasib kedua-dua anak saya yang bertarung nyawa di dalam hutan,” katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang.

Tambah Midah, sepanjang kehilangan anaknya, dia tidak mempunyai selera makan dan asyik menanti kepulangan Norieen dan Haikal.

Semua kawan dah mati, hanya kami hidup

Katanya, dia amat sedih melihat keadaan fizikal Norieen yang cukup kurus, selain badannya yang tinggal kerangka.

Ujarnya, ketika dibawa ke Pos Tohoi sejurus selepas penemuannya, Norieen tidak bercakap, mukanya cukup pucat, selain berada dalam keadaan ketakutan.

“Saya harap Norieen akan pulih seperti biasa selepas ini dan masih menaruh harapan Haikal juga akan dapat ditemukan dalam keadaan selamat,” kata ibu kepada tujuh anak itu.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mimpi-anak-selamat-jadi-nyata-8211-midah-1.144793#sthash.ri29iwZm.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.