Ahad, 11 Oktober 2015

Ahad, Oktober 11, 2015
Keluarga Nafi 7 Murid Orang Asli Mandi Sungai | Bapa saudara Norieen Yaakob, 10, mendakwa ketujuh-tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu itu tidak pernah mandi di Sungai Perias berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi.

Keluarga Nafi 7 Murid Orang Asli Mandi Sungai

Herry Boy Angah, 20, berkata, dakwaan sebelum ini yang menyebut kanak-kanak tersebut akan didenda oleh guru mereka kerana mandi di sungai itu adalah tidak benar.

Dakwanya, guru sekolah itu sebetulnya ingin mendenda pelajar lain yang mandi di sungai tersebut namun kesemua mangsa salah faham dan terus bertindak melarikan diri ke dalam hutan sehingga sesat.

"Cerita sebenarnya, kesemua kanak-kanak ini tidak terlibat dengan mandi sungai. Yang mandi di sungai berhampiran sekolah itu adalah murid-murid lain.

"Apabila diberi amaran hendak didenda guru kononnya mereka mandi di sungai menyebabkan kanak-kanak ini menjadi takut dan lari ke hutan," katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sebelum ini akhbar melaporkan gara-gara takut didenda guru kerana mandi sungai tujuh murid Orang Asli berkenaan dikhuatiri sesat dan hilang di dalam hutan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas 47 hari, misteri kehilangan mereka menemui titik noktah dengan penemuan empat mayat termasuk dua kanak-kanak masih selamat.

Daripada tujuh murid Orang Asli itu, dua orang yang ditemukan selamat ialah Norieen dan Mirsudiar Aluj, 11.

Situasi kejadian itu, kata Herry, diceritakan Norieen kepadanya malam tadi.

Sementara itu, Herry turut berkongsi mimpinya menyertai operasi mencari tiga hari selepas kehilangan kanak-kanak itu.

Katanya, dalam mimpi tersebut dia berjumpa dengan Haikal, Norieen dan Ika Ayel, 9, di dalam sebuah gua.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/keluarga-dakwa-tujuh-mangsa-tidak-mandi-sungai-1.145117


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.