Rabu, 14 Oktober 2015

Rabu, Oktober 14, 2015
Kena Tetak Kerana Tegur Geng Mabuk Buat Bising : Seorang pemuda cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri, Kepong hanya kerana menegur jiran-jirannya yang dikatakan membuat bising.

Kena Tetak Kerana Tegur Geng Mabuk Buat Bising

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, kejadian terjadi apabila mangsa yang berusia 23 tahun itu menegur sekumpulan lelaki yang sedang minum arak dan membuat bising di kawasan kejiranan tersebut kira-kira pukul 12.05 tengah semalam

"Akibatnya mangsa ditetak dengan lima kesan tetakan di bahagian kepala dan tiga tetakan di tangan kiri serta kaki," katanya kepada Bernama.

Katanya mangsa yang dihantar untuk rawatan di Hospital Selayang telah menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Munusamy berkata berikutan kejadian itu polis kini mencari dua individu yang dikenali sebagai 'Gani' dan 'Aravin' bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun keseksaan.-- Bernama

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/10/13/ditetak-kerana-bising/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.