Selasa, 6 Oktober 2015

Selasa, Oktober 06, 2015
Kerana Berebut Remote, Adik Tikam Abang Sampai Mati | Angkara ditegur berebut alat kawalan jauh televisyen, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila menikam abangnya menggunakan pisau hingga mati dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Chuah, Port Dickson, semalam.

Kerana Berebut Remote, Adik Tikam Abang Sampai Mati

Kejadian berlaku jam 2.30 petang itu mengakibatkan mangsa Helmizi Imran, 33, parah akibat ditikam pada dada sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson (HPD).

Difahamkan, kejadian bermula apabila suspek berusia 23 tahun cuba merebut alat kawalan dengan anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang ketika itu sedang menonton rancangan kegemarannya.

Bagaimanapun, mangsa ketika itu sedang bersiap ke tempat kerja di sebuah hotel di Sepang, menegur suspek kerana enggan mengalah dengan anak saudaranya menyebabkan lelaki itu naik hantu hingga berlaku pertengkaran.

Menurut ibu mangsa, Zaniah Salim, 63, pergaduhan itu berlarutan hingga di luar rumah sebelum seorang daripada anaknya rebah dan tidak sedarkan diri.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/82733#sthash.ohGanSDP.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.