Selasa, 6 Oktober 2015

Selasa, Oktober 06, 2015
Kerana Ilmu Penunduk, Wanita Di Ugut Bomoh Siam | Seorang wanita rakyat tempatan rugi  RM50,510 setelah terpedaya dengan tawaran belajar ilmu penunduk daripada seorang bomoh Siam yang dikenalinya sejak November tahun lalu.

Kerana Ilmu Penunduk, Wanita Di Ugut Bomoh Siam
Asisten Komisioner Mohd Shuhaily 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa berusia 51 tahun itu mendakwa menyerahkan wang  berkenaan secara berperingkat, sebanyak 15 kali  sejak Jun hingga Julai lalu menggunakan wang  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suaminya.

"Suspek Arnisa Doloama atau lebih dikenali sebagai Aisyah, 31, kemudian mengajar mangsa jampi  yang kononnya ilmu penunduk.

"Suspek turut menyerahkan botol dikatakan mengandungi minyak 99 yang berkuasa menundukkan mana-mana individu dengan mencalitkannya," katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun menyedari ditipu apabila jampi dihafalnya tidak berkesan.

"Malah, mangsa mendakwa diugut bomoh itu supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu dijampi supaya ditimpa malapetaka.

"Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa akhirnya membuat laporan kira-kira jam 1 tengah hari, 21 September lalu.

"Berikutan itu, suspek kemudiannya ditahan di rumah sewanya di Langkap kira-kira jam 5 petang, hari sama," katanya.

Beliau berkata, suspek didakwa dengan 15 pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan Tipu di Mahkamah Majistret Teluk Intan, 1 Oktober lalu, namun mengaku tidak bersalah.

"Pada masa sama, suspek turut dituduh di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tinggal lebih masa di Malaysia dan didenda RM10,000.

"Bagaimanapun, suspek tidak membayar denda tersebut dan memilih untuk menjalani hukuman penjara empat bulan di Penjara Taiping,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/wanita-dakwa-diugut-bomoh-siam-1.436919


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.